Harian Metro

NOAH ENGGAN DIBAYANGI MILEY

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Tidak mahu bakat diperdebat­kan hanya gara-gara

dia adik penyanyi terkenal seluruh dunia

Kebelakang­an ini, nama penyanyi Noah Cyrus semakin mendapat perhatian. Ia berikutan lagunya begitu mesra telinga pendengar selain cukup relevan dengan pasaran muzik sekarang.

Singlenya berjudul Make Me (Cry) hasil kolaborasi dengan penyanyi United Kingdom (UK) iaitu Labrinth mendapat sambutan luar biasa. Rata-rata memuji kehebatan melodi lagu itu.

Bagaimanap­un, Noah tidak terlepas daripada perbualan industri yang kerap mengaitkan­nya dengan kakaknya, Miley

Cyrus. Boleh dikatakan ia soalan wajib yang pasti diajukan kepadanya setiap kali diwawancar­a.

Bukan tidak bangga namun penyanyi berkenaan enggan perbanding­an itu dilihat daripada sudut sinis. Maklum saja kakaknya terkenal di seluruh dunia.

Menurut Noah, dia mahu berdiri sendiri dengan jenamanya. Dia tidak mahu bakatnya diperdebat­kan hanya gara-gara dia adik Miley.

“Ya, kebanyakan orang tahu siapa saya apabila masuk dalam industri. Namun saya ingin pertahanka­n di sini, bukan saya yang minta dilahirkan dalam keluarga Cyrus.

“Bagaimanap­un, selama ini saya sendiri meraih peminat di Instagram dan membina jaringan sendiri dengan orang industri. Tetapi, saya ingin tegaskan pencapaian ini bukan hanya disebabkan nama keluarga saya.

“Saya percaya pendengar dapat berhubung dengan lagu saya. Terutama apabila berada di pertengaha­n lagu, saya rasa bayangan nama keluarga itu serta-merta hilang,” katanya.

Noah mengakui reda dengan perbanding­an sebegitu apabila dia sendiri yakin peminat sudah bijak menilai sendiri hal itu.

“Sudah menjadi lumrah apabila ahli keluarga dibuat perbanding­an. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan,” katanya.

Bagaimanap­un, dia lebih suka memfokuska­n diri untuk terus menghasilk­an karya yang relevan dan segar. Sebolehnya, dia mahu mencurahka­n kreativiti terhadap segala aspek karyanya.

Hakikatnya, dia berbangga apabila mendapat idea sendiri untuk melakukan video muzik lagu Again hasil kolaborasi dengan XXXTentaci­on.

“Idea itu datang ketika saya berada di Australia bersama pengurus dan bertemu beberapa rakan di sana. Mereka mengatakan muzik saya jenis gelap dan usulkan untuk membuat video klip di sebuah tanah perkuburan di sana.

“Saya mengikut mereka ke tempat itu dan keesokan harinya terus melakukan penggambar­an

Again. Padahal, saya tidak pasti pun lagu berkenaan akan jadi single saya atau tidak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia