LAKI BINI TAK SEHALUAN

Harian Metro - - Rap -

Ini satu lagi cerita panas yang baru berlaku pada sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.

Ada seorang teman SS beritahu pasangan pelakon yang sudah berkahwin ini dilihat jalan berasingan ketika pada acara karpet merah dan kelihatan duduk berasingan di arena.

Aik! Kenapa ye? Selalunya selebriti yang berkahwin pasti jalan bersama sambil berpimpin tangan.

Malangnya rakan SS melihat pelakon lelaki ini berjalan dengan seorang penyanyi sementara isterinya yang juga pelakon datang seorang diri.

Takut pula nak fikir bukan-bukan, tapi SS tak faham kenapa pasangan ini tidak duduk bersama dan pakaian yang digayakan juga tidak sedondon?

Selalunya pasangan selebriti yang sudah berkahwin pasti mengambil peluang mengenakan pakaian yang hampir sama supaya kelihatan bak pasangan merpati dua sejoli.

Kita doakan semoga hubungan dua selebriti ini berjalan dengan baik walaupun pernah timbul gosip pasangan ini dilanda masalah ketika pada awal perkahwina­n.

SS: Hidup perlu saling melengkapi antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.