Harian Metro

‘Syukur doa dimakbul’

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Adik mangsa bunuh lega penantian berakhir

“Saya bersyukur kerana Allah memakbulka­n doa saya,” kata Siti Pujinah Sapar, 50, adik kepada mangsa bunuh pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pontian dalam kejadian di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong di sini, pada Januari tahun lalu.

Suri rumah itu berkata, dia dan keluarga bersyukur kerana penantian hampir setahun berakhir dengan penangkapa­n tiga individu itu.

“Sebelum ini kami tertanya-tanya siapa individu bertanggun­gjawab melakukan perbuatan kejam terhadap arwah abang.

“Akhirnya semua persoalan itu terungkai selepas dimaklumka­n polis sudah menahan tiga individu yang mempunyai kaitan kes itu,” katanya ketika mengikuti prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Pontian pagi semalam.

Katanya, dia tidak mengenali tiga lelaki terbabit dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa mengadilin­ya mengikut lunas undang-undang.

Mengulas lanjut, katanya, arwah abangnya mempunyai empat anak dan sudah empat tahun berkhidmat di JPJ Pontian sebelum meninggal dunia pada hari kejadian tahun lalu.

“Saya dapat tahu perkara ini (tangkapan suspek) minggu lalu selepas dimaklumka­n polis. Pada hari ini (semalam) saya bersama ahli keluarga datang ke mahkamah pada jam 9 pagi untuk mendengar sendiri pertuduhan itu,” katanya yang meninggalk­an perkaranga­n mahkamah pada jam 11 pagi.

Terdahulu, tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pontian dalam kejadian pada Januari tahun lalu.

Semua tertuduh, Mohammad Khalifah Yahya, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S Ragu, 38, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu dan Tamil.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azlan Bohari.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa membunuh Jaiman Sapar, 54, di halaman rumah di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong di sini.

Mereka dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu pada jam 1 tengah hari pada 27 Januari tahun lalu.

 ??  ?? SITI Pujinah
SITI Pujinah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia