Harian Metro

Pelajar mengaku lapor palsu dirogol

-

Seorang pelajar tingkatan enam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memberi laporan palsu kepada polis pada 1 Februari lalu.

Tertuduh, Roslind Nagie Anak Enteba, 18, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanap­un, Roslizi menetapkan 26 Februari ini sebagai sebutan kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Roslind didakwa memberi maklumat palsu berhubung laporan polis yang dibuatnya dengan menyatakan dia diculik dan dirogol seorang lelaki.

Perbuatan berkenaan dilakukan di Balai Polis Klang, jam 6.43 petang, 1 Februari lalu.

Berikutan itu, dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 182, Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

 ??  ?? ROSLIND mengaku bersalah atas tuduhan.
ROSLIND mengaku bersalah atas tuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia