3 sahabat didakwa bunuh

Harian Metro - - Setempat -

Pontian: Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pontian pada Januari tahun lalu.

Semua tertuduh, Mohammad Khalifah, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S Ragu, 38, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu dan Tamil.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azlan Bohari.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa membunuh Jaiman Sapar, 54, di halaman rumah di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong di sini.

Mereka dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu pada jam 1 tengah hari, pada 27 Januari tahun lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Baiduri Mustakim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.