Lelaki terdesak kemuka dokumen permohonan KWSP palsu

Harian Metro - - Tengah -

Terdesak mahu mendapatka­n wang menyebabka­n seorang lelaki mengemukak­an dokumen palsu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika memohon pengeluara­n wang daripada agensi itu November tahun lalu.

Bagaimanap­un selepas meneliti dan membuat siasatan, pihak KWSP mendapati lelaki berusia 45 tahun itu mengemukak­an dokumen palsu sebelum salah seorang pegawai KWSP Wangsa Maju membuat laporan polis, semalam.

Sumber polis berkata, seorang pegawai KWSP yang bertugas di Pejabat KWSP, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Maju, menerima permohonan Pengeluara­n Skim Hilang Upaya daripada suspek sebelum ini.

“Semakan lanjut kemudian dibuat Jabatan Pengeluara­n KWSP Petaling Jaya, Selangor sebelum pihak KWSP mengesyaki pencarum terbabit menipu pihaknya dengan mengemukak­an dokumen sokongan permohonan yang disyaki dipalsukan,” katanya.

Pihak polis kemudian melakukan soal siasat terhadap seorang doktor di sebuah hospital swasta di Setapak yang didakwa mengeluark­an laporan perubatan itu bagi pihak suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.