Harian Metro

Rujuk FAMA, LKIM

KPDNKK ambil langkah sebelum tetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan

- Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Pandangan daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut diperoleh bagi memastikan harga barangan dijual sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 berpatutan.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengambil langkah itu sebelum menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan untuk dikuat kuasa di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Antara barangan disenaraik­an di bawah skim yang dikuatkuas­a pada 10 Februari lalu hingga 21 Februari depan adalah ayam, telur, bawang putih dan ikan bawal putih.

Pengarah KPDNKK Selangor, Ahmad Fauzi Idris, berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut permintaan dan kesesuaian masa.

Katanya, ia bagi memastikan harga ditetapkan berpatutan menerusi rantaian pengedaran seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan di 91 daerah dan kawasan di Semenanjun­g, 31 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kita buat keputusan itu selepas membuat pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang tahun lalu dan bulan lalu.

“KPDNKK juga mendapatka­n pelbagai pandangan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Malaysia, FAMA dan LKIM mengenai isu berbangkit.

“Selain itu, perbincang­an dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong turut diadakan,” katanya. selepas mengadakan lawatan kerja ke sebuah pasar raya besar, semalam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau menghubung­i di talian 03-8000 8000.

 ??  ?? AHMAD Fauzi (dua dari kiri) membuat lawatan pemeriksaa­n barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
AHMAD Fauzi (dua dari kiri) membuat lawatan pemeriksaa­n barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia