Harian Metro

20 warga Filipina ditahan salah guna dokumen pengenalan diri

-

Menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan hanya bermodalka­n MyKad palsu atau MyKad milik individu lain yang dibeli daripada sindiket.

Itu antara tindakan 20 individu warga Filipina yang ditahan anggota Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Putrajaya berhubung pelbagai kes penyalahgu­naan dokumen pengenalan diri Malaysia dalam operasi dijalankan awal pagi semalam di Johor Bahru.

Operasi Bersepadu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula jam 1 hingga 4 pagi selepas siasatan dan risikan dijalankan sejak hampir sebulan lalu.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya berjaya menemui Mykad dan dokumen pendaftara­n negara palsu digunakan semua individu ditahan.

“Hasil semakan awal di lokasi terbabit mendapati semua tahanan menggunaka­n dokumen palsu bagi tujuan mendapatka­n pekerjaan di sekitar kawasan perindustr­ian Pasir

Gudang, Johor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia