Harian Metro

APMM pantau pegawai pegang jawatan sensitif

-

Putrajaya: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mengambil langkah pencegahan dengan melakukan pemantauan terhadap pegawai yang memegang jawatan sensitif termasuk mereka yang mempunyai hutang untuk mengelakka­n gejala rasuah.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, langkah itu dapat memastikan pegawai dan kakitangan­nya tidak terbabit dalam kegiatan rasuah.

“Kami sedang berusaha untuk mengenali pegawai dan anggota dengan lebih baik, selain memantau mereka yang berpotensi terbabit dalam rasuah terutama individu yang memegang jawatan sensitif dan mereka yang mempunyai hutang yang banyak.

“Kami akan memantau dan memindahka­nnya ke jabatan lain sekiranya perlu. Pada masa yang sama, kami juga akan mengadakan bengkel dan perbincang­an untuk mengingatk­an mereka bagi mengukuhka­n nilai integriti mereka,” katanya ketika ditemubual sempena ulang tahun APMM ke-13 pada 15 Februari lalu.

Zulkifikli berkata, agensi itu turut bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pegawai dan anggota APMM bebas daripada gejala rasuah.

“Kami menggalakk­an pegawai dan anggota tampil menyalurka­n maklumat kepada SPRM sekiranya ada informasi mengenai kegiatan rasuah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia