Harian Metro

Hantar 400 anggota APM pantau ESSCOM

-

Kuala Lumpur: Seramai 400 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan dihantar bertugas di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membantu operasi pemantauan pada Mac ini.

Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, APM akan bersiap-sedia menjadi mata dan telinga untuk menyalurka­n maklumat berkaitan pergerakan serta aktiviti yang mencurigak­an.

“Kawasan terbabit dijaga tentera, polis dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), namun diberi kepercayaa­n oleh kerajaan bagi membantu mereka di sana.

“Kami akan menghantar anggota terbabit pada Mac ini, sekali gus membuat persiapan dengan memulakan latihan di sana,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Ops Bantu XVI, semalam.

Sementara itu, 1,746 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan bertugas dalam Ops Bantu bermula Khamis ini sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, anggota terbabit akan ditempatka­n di 114 laluan persekutua­n serta negeri yang dikenal pasti kawasan panas dan akan menjalanka­n tugas rondaan di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia