Harian Metro

Dua beradik bakal didakwa 2 Julai depan

-

Mahkamah Tinggi, semalam menetapkan sembilan hari bermula 2 Julai depan untuk perbicaraa­n kes membabitka­n seorang lelaki dan adik iparnya yang masing-masing didakwa atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembuny­ikan maklumat berkaitan kumpulan itu, Ogos tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi memaklumka­n representa­si yang dihantar seorang tertuduh, Hajar Abdul Mubin, 26, ditolak dan memohon tarikh untuk perbicaraa­n.

Pihak pendakwaan akan memanggil 12 saksi pada prosiding perbicaraa­n kes itu.

Pada 11 Disember tahun lalu, Hajar dan Abdul Syamir Dablin, 25, kedua-duanya buruh binaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara 2010 dan 30 Ogos 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia