Harian Metro

Pesara tentera nafi tipu tuntutan RM36,440

-

Seorang pesara tentera berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu RM36,440 membabitka­n kerja membaiki senjata.

Mahdzir Abdul Hamid mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa memperdaya Mejar Majmi Mehat dengan memberi butiran palsu berkaitan tuntutan kerja pembaikan tempatan bagi empat unit senjata

General Purpose Machine Gun

(GPMG) 7.62 mm milik pasukan 6 Woksyop 6 Briged sedangkan ia tidak dibuat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kementeria­n Pertahanan Malaysia pada 27 Mac 2008.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(c), Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Nur Nabila Kamarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia