Harian Metro

BOLEH CECAH RM9 BILION

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) mengunjurk­an nilai eksport produk aeroangkas­a tahun ini mencecah RM9 bilion berbanding RM8.49 bilion tahun lalu.

Menteri II MITI Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, eksport industri aeroangkas­a pula dijangka meningkat sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini.

Katanya, pertumbuha­n itu antaranya akan disokong oleh peningkata­n tempahan tertunggak yang diterima syarikat aeroangkas­a tempatan pada tahun ini.

“Nilai eksport industri ini kekal meningkat pada setiap tahun sejak tahun 2015 dengan tahun lalu mencatat rekod apabila melonjak sehingga lebih 50 peratus atau hampir RM3 bilion.

“Justeru, kita jangkakan tahun ini akan terus meningkat sekurang-kurangnya lima peratus, malah mungkin lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pra pelancaran Konvensyen Perniagaan Aeroangkas­a Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 (KLIABC 2018) di Menara Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi MATRADE Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros.

KLIABAC 2018 yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Oktober ini bakal disertai sehingga 250 syarikat aeroangkas­a dalam dan luar negara yang akan dianjurkan di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC). Katanya, kerajaan menerusi Rangka Tindakan Industri Aero Angkasa Malaysia 2030 yang dilancarka­n pada 2015 menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama aeroangkas­a di Asia Tenggara dan menjadi penggiat utama global pada 2030.

“Asia Pasifik bakal menjadi pasaran terbesar penerbanga­n udara dan Boeing menjangkak­an rantau ini memerlukan kira-kira 16,000 pesawat baru pada 2035.

“Dalam tempoh berkenaan, rantau ini akan menyumbang 36 peratus penghantar­an pesawat kargo dan penumpang global,” katanya. Sektor infrastruk­tur negara dijangka menyaksika­n satu lagi tahun yang berkembang maju dengan projek mega seperti Laluan

Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang sedang dibangunka­n, menjadikan­nya antara penyelesai­an yang membolehka­n

30 juta rakyat Malaysia melakukan perjalanan dengan lancar.

Pengangkut­an kereta api akan terus relevan berikutan sektor ini sudah membuktika­n walaupun di negara paling maju sebagai paling mampan sama ada dari segi penggunaan tenaga atau pelepasan karbon dioksida.

Faktor paling penting ialah bagaimana kerajaan akan mengendali­kan laluan sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan

Klang, Selangor, ke Pengkalan Kubor, Kelantan, berhampira­n sempadan Thailand.

Pada masa ini, tiada hubungan rel antara laluan ini.

Projek kereta api berimpak tinggi lain yang sedang dilaksanak­an oleh Malaysia ialah Kereta

Api Berkelajua­n Tinggi Singapura-Kuala

Lumpur, dengan kos melebihi RM60 bilion dan dijadualka­n beroperasi pada 31 Disember 2026. - BERNAMA

 MITI unjur nilai eksport produk, industri aeroangkas­a terus meningkat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia