Harian Metro

MTDC umum perubahan format CRDF, TAF

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) mengumumka­n perubahan format Dana Pengkomers­ilan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (CRDF) serta Dana Perolehan Teknologi (TAF).

Ia menggabung­kan geran (30 peratus) dan nota janji hutang boleh ubah (CPN) (70 peratus) daripada geran semata-mata bermula akhir tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus berkata, langkah itu akan membolehka­n CPN dapat diubah kepada saham keutamaan pada satu-satu masa di samping menjalinka­n hubungan lebih erat dengan syarikat yang dibiayai.

Menurutnya, objektif mengubah CPN ke dalam bentuk ekuiti adalah untuk membantu syarikat terbabit daripada aspek pengurusan kewangan, sekali gus membolehka­n mereka berada di landasan tepat untuk melonjakka­n kemampuan di peringkat domestik dan global.

“Melalui usaha ini juga, kami berharap dapat membantu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang sebagai syarikat yang bersedia dengan Revolusi Perindustr­ian 4.0 manakala, syarikat yang sememangny­a mempunyai kemahiran itu dapat dipertingk­atkan sejak awal lagi,” katanya pada majlis serahan cek kepada syarikat penerima CRDF dan TAF di sini, semalam.

Sebanyak 10 syarikat menerima pembiayaan berjumlah RM22 juta menerusi CRDF dan TAF dengan sembilan syarikat CRDF menerima dana berjumlah RM20 juta.

Manakala, sebuah syarikat TAF menerima RM2 juta pada 2017 dengan permohonan mereka masing-masing diluluskan pada suku ketiga dan akhir tahun lalu.

Sehingga kini, MTDC meluluskan 42 permohonan daripada 130 syarikat bagi CRDF dan TAF yang berjumlah RM44.4 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia