Harian Metro

PKS catat potensi jualan RM14 juta

-

Lapan belas Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pertunjuka­n Udara Singapura 2018 mencatatka­n potensi jualan sebanyak RM14 juta sepanjang enam hari diadakan, baru-baru ini.

PKS adalah sebahagian daripada Projek Penggerak Ekonomi ke-8 (PP8) Malaysia iaitu membangunk­an PKS dalam Program Industri Pembutan Aeroangkas­a Global di bawah SME Corporatio­n (SME Corp).

Ketua Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkas­a Kebangsaan (NAICO), Shamsul Kamar Abu Samah berkata, syarikat itu dikenal pasti untuk terus dibangunka­n sebagai sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengembang­kan rantaian bekalan aeroangkas­a tempatan.

“Melalui acara ini, PKS berpeluang mengambil bahagian dalam mesyuarat rangkaian perniagaan dengan pemain industri utama,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia