Harian Metro

Ganjaran Mesra berganda

PDB tawar hadiah bernilai RM8,888 kad hadiah, mata sempena Tahun Baru Cina

-

“PDB turut sediakan Pelan Mesra PA melalui program Axxess yang menyediaka­n faedah hospital dan kematian akibat kemalangan sehingga RM50,000” Aadrin

Petronas Dagangan Bhd (PDB) menawarkan hadiah bernilai RM8,888 dalam bentuk Petronas Gift Card dan mata kesetiaan Mesra bermula 12 Februari hingga 15 Mac sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Dalam kenyataan semalam, syarikat itu berkata, promosi itu turut menawarkan lapan Petronas Gift

Card masing-masing bernilai RM888 serta 8,800 mata Mesra untuk 88 pemenang dan 800 mata Mesra kepada 8,888 pemenang.

“Pelanggan hanya perlu membuat isian bahan api

Petronas Primax sekurang-kurangnya bernilai RM38 untuk berpeluang meraih hadiah ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB Aadrin Azly berkata, Pelan Kemalangan Peribadi Mesra (Mesra PA) melalui program Axxess menyediaka­n faedah hospital dan kematian akibat kemalangan sehingga RM50,000 kepada anggotanya sekiranya terbabit kemalangan sepanjang perayaan.

“Pelan itu ditawarkan pada hanya RM1 (100 mata Mesra) sebulan apabila berbelanja minimum RM100 sebulan di mana-mana stesen Petronas seluruh negara.

“Sempena musim perayaan ini, pemegang kad Mesra yang berdaftar dengan Pelan Kemalangan Peribadi Mesra sebelum 28 Februari akan menerima hadiah manfaat Mesra PA pada bulan pertama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia