Harian Metro

PIKOM meterai MoU dengan lima persatuan

-

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan lima persatuan untuk menarik lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menggunaka­n e-dagang.

Lima persatuan ituadalah Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong Malaysia, Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Persatuan Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia serta Persatuan PKS Malaysia.

Pengerusi PIKOM dan Pengerusi E-Dagang Malaysia, Ganesh Kumar Bangah berkata, MoU itu dapat membantu ahli daripada lima persatuan terbabit untuk bekerjasam­a dengan syarikat anggota teknologi PIKOM seperti pembekal gerbang pembayaran, penyedia logistik dan pembekal platform e-dagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia