Harian Metro

Shopee catat kenaikan 32% carian produk dalam talian

-

Kuala Lumpur: Shopee merekodkan peningkata­n 32 peratus bagi jumlah carian produk dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sejak pelancaran kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari lalu, semakin ramai rakyat negara ini memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, aktiviti membeli-belah selalunya meningkat menjelang musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina.

“Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita semakin menghampir­i Tahun Baru Cina yang menunjukka­n peningkata­n trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian pada musim perayaan,” katanya.

Carian paling popular sempena Tahun Baru Cina bagi 2018 adalah kategori pakaian wanita, produk mudah alih dan gajet, permainan kanak-kanak, bayi dan kasut serta beg wanita.

Menurutnya, pelanggan boleh menikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjuta­n sehingga 25 Februari ini.

“Dengan pilihan lebih daripada enam juta produk yang ditawarkan lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah mereka sempena musim perayaan ini.

“Tambahan pula, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888,” katanya.

Shopee juga melancarka­n Kempen Hari Gaji bermula 26 hingga 28 Februari ini yang membariska­n pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuk Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

 ??  ?? HO dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.
HO dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia