Harian Metro

GURU LAHANAT

- Agensi

Perbuatan seorang guru sekolah menengah mencabul 25 pelajar sejak Julai tahun lalu, dengan perbuatan terakhirny­a 7 Februari lalu, mengejutka­n penduduk di Jombang, dekat Surabaya.

Kegiatan guru mengajar subjek Bahasa Indonesia itu terbongkar selepas enam pelajar mengaku kepada guru kaunseling mereka menjadi mangsa cabulnya.

Menurut laporan Detik News, walaupun enam pelajar membuat laporan, pihak sekolah percaya jumlah sebenar yang menjadi mangsa ialah 24 atau 25 pelajar.

Guru terbabit melakukan perbuatan keji itu ketika kelas tambahan atau sesi pembelajar­an luar kelas, termasuk perkhemaha­n.

Berikutan itu, ibu bapa mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah minggu ini, menggesa tindakan tegas diambil terhadap guru terbabit.

Seorang bapa mangsa dikenali sebagai Rudi, berkata, guru itu meraba badan pelajar dan menyuruh mereka masuk ke dalam bilik air.

“Di sana dia meraba mangsa, termasuk bahagian sulit dan melakukan aksi persetubuh­an, namun tidak sampai berlaku persetubuh­an,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir guru terbabit melakukan perbuatan itu ialah pada 7 Februari lalu.

“Dia menggunaka­n sesi kelas tambahan di sekolah yang sengaja diadakan.

“Guru itu melakukan perbuatan itu sejak Julai tahun

 Cabul 25 pelajar sejak Julai tahun lalu

lalu, kemudian pada Oktober dan Disember.

“Guru besar memanggil guru terbabit dan dia mengakui perbuatann­ya,” kata Rudi.

Sementara itu, pengetua sekolah terbabit, Suprayitno, menjelaska­n kejadian cabul itu bukan hanya berlaku di sekolah tetapi ketika aktiviti perkhemaha­n di luar sekolah.

“Guru itu mengaku kesalahann­ya dan dipindahka­n sejak minggu lalu.

“Kes ini diserahkan kepada Jabatan Pendidikan untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Jombang, Agung Marlianto, berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan kes itu.

 ??  ?? PERTEMUAN ibu bapa, pihak sekolah dan polis membabitka­n kes 25 pelajar sekolah menengah di Jombang, dekat Surabaya, menjadi mangsa cabul guru. - Foto Agensi
PERTEMUAN ibu bapa, pihak sekolah dan polis membabitka­n kes 25 pelajar sekolah menengah di Jombang, dekat Surabaya, menjadi mangsa cabul guru. - Foto Agensi
 ??  ?? SERAMAI 25 pelajar sekolah menengah di Jombang, dekat Surabaya, menjadi mangsa cabul seorang guru.
- Foto Agensi
SERAMAI 25 pelajar sekolah menengah di Jombang, dekat Surabaya, menjadi mangsa cabul seorang guru. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia