Harian Metro

Seluk tandas demi iPhone 8

-

Liuzhou (China): Seorang lelaki terpaksa menahan sakit dan malu selepas tangannya tersangkut di lubang tandas duduk gara-gara mahu menyelamat­kan telefon pintar iPhone 8 miliknya yang terjatuh.

Lelaki yang dikenali sebagai Tang itu menjadi tajuk utama berita di China selepas gambarnya dengan tangan tersangkut di lubang tandas di sebuah hotel di bandar ini tular di Internet.

Media melaporkan, Tang menggunaka­n tandas itu selepas makan bersama beberapa rakannya di hotel itu kelmarin.

Ketika berada di tandas, Tang mengeluark­an telefonnya tetapi gajet berharga 8,000 yuan (RM4,980) itu terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang tandas.

Tang yang terkejut segera memasukkan tangan kanannya ke dalam lubang tandas itu, namun dia gagal mencapai telefon berkenaan.

Lelaki itu masih tidak berputus asa dan dia terus memasukkan tangannya hingga ke pangkal lengan.

Bagaimanap­un, selepas beberapa minit berusaha Tang akhirnya mengalah dan cuba menarik tangannya tetapi mendapati ia tersangkut di lubang itu.

Berikutan terlalu malu untuk meminta bantuan, Tang berusaha selama 20 minit untuk melepaskan diri tetapi gagal sebelum menjerit meminta tolong.

Seorang tukang cuci yang mendengar jeritan Tang segera menghubung­i bomba.

Bomba yang tiba tidak lama selepas itu terpaksa memecahkan tandas itu untuk membebaska­n Tang yang hanya mengalami bengkak dan calar di tangan.

Namun, malangnya telefon Tang gagal diselamatk­an. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n keadaan Tang yang tersangkut di lubang tandas kerana mahu menyelamat­kan iPhone 8 miliknya yang terjatuh. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n keadaan Tang yang tersangkut di lubang tandas kerana mahu menyelamat­kan iPhone 8 miliknya yang terjatuh. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia