Harian Metro

Menang pingat Olimpik selepas bangkit dari koma

-

Pyeongchan­g: Walaupun hampir kehilangan nyawa dalam kemalangan luncur salji 11 bulan lalu, atlit papan luncur, Mark McMorris membuktika­n dirinya masih berbisa apabila berjaya merangkul pingat gangsa dalam Sukan Olimpik kelmarin.

McMorris, 24, yang koma apabila mengalami patah 17 tulang, kegagalan paru-paru dan limpa pecah selepas dia melanggar pokok ketika meluncur salji di Saskatchew­an, Kanada pada Mac 2017.

Dia meraih gangsa dalam acara luncur menuruni cerun di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchan­g di belakang rakan senegarany­a Max Parrot yang memenangi perak dan pemenang pingat emas, Red Gerard dari Amerika Syarikat.

Ratu luncur Amerika Syarikat, Lindsey Vonn turut memuat naik gambar McMorris di katil hospital dan satu lagi menunjukka­n dia tersenyum selepas memenangi pingat gangsa itu.

“Ini sangat menakjubka­n,” tulis Lindey di laman Twitter miliknya yang mempunyai seramai 987,000 pengikut.

Sejurus selepas memenangi pingat itu, McMorris mengimbas kembali bagaimana dia bangkit daripada hampir mati sehingga menjadi tajuk utama akhbar seluruh dunia.

“Saya tidak mahu terlalu fikirkan mengenainy­a hari ini, tetapi bersyukur dapat berada di sini untuk meluncur salji.

“Saya sangat gembira dapat meluncur semula. Lapan bulan lalu saya pernah terfikir yang saya mungkin tidak dapat meluncur lagi. Saya bertuah dapat berada di sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n McMorris ketika koma di hospital. Gambar kecil, ketika dia memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchan­g, kelmarin. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n McMorris ketika koma di hospital. Gambar kecil, ketika dia memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchan­g, kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia