Harian Metro

Mangsa anak kejam

-

Frankfort, Amerika Syarikat: Seorang lelaki bertindak kejam menembak mati ibu bapa, teman wanita dan ibu kekasihnya sebelum membunuh dirinya dalam kejadian mengejutka­n penduduk di Flatgap, Kentucky, Amerika Syarikat, kelmarin.

Kejadian bermula apabila Joseph Nickell menembak mati ibu bapanya di sebuah rumah di satu kawasan terpencil di McKenzie Branch di Flatgap.

Polis berkata, mayat James dan Arlene Nickell ditemui di dapur rumah berkenaan, Ahad lalu.

Joseph yang bersenjata­kan pistol 9mm kemudian ke bandar Paintsvill­e yang berhampira­n Flatgap.

Tidak lama selepas itu, polis menemui mayat teman wanitanya, Lindsey Vanhoose dan ibu wanita itu, Patricia Vanhoose di sebuah apartmen di bandar berkenaan.

Di rumah itu, polis turut menemui mayat Joseph dipercayai membunuh diri.

Menurut polis, semua mangsa ditemui dengan satu kesan tembakan pada tubuh.

Tambahnya, motif Joseph membunuh semua mangsa masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang paderi, James Caudill yang mengenali keluarga itu memberitah­u, Joseph menghadapi masalah ketagihan dadah selepas kematian adik perempuann­ya, baru-baru ini.

“Joseph sukar untuk menerima kenyataan bahawa adiknya sudah tiada,” katanya kepada akhbar Lexington Herald-Leader.

Pembunuhan itu juga menyebabka­n penduduk dan pihak berkuasa di daerah timur Kentucky itu terkejut. Agensi

 ??  ?? RUMAH di McKenzie Branch Flatgap, Kentucky, lokasi mayat ibu bapa Joseph ditemui. - Foto Agensi
RUMAH di McKenzie Branch Flatgap, Kentucky, lokasi mayat ibu bapa Joseph ditemui. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia