Harian Metro

Ais punca terhempas

- Agensi

Selain faktor sabotaj, penyiasat sedang menilai kemungkina­n kerosakan sistem nyah ais menyebabka­n kegagalan enjin pesawat Antonov - An 148 kerana diliputi ais.

Timbalan presiden persatuan juruterban­g Russia, Alfred Malinovsky, berkata pesawat itu mungkin terhempas akibat kegagalan sistem anti-ais pada enjin.

“Letupan pesawat itu mungkin disebabkan ais. Cuaca ketika kejadian amat sejuk dengan suhu bawah paras beku. Kelembapan pula tinggi,” katanya.

Daily Mail melaporkan, menurutnya, jika sistem anti-ais tidak berfungsi, ais boleh masuk ke dalam enjin dan menyebabka­n letupan.

“Lubang besar di lokasi pesawat terhempas menunjukka­n pesawat itu jatuh menegak dan kru tidak sempat bertindak balas,” katanya kepada media Russia.

Selain itu, juruterban­g pesawat dipercayai berusaha melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang jauh dari penempatan bagi mengelak kemusnahan dan kematian orang awam.

Tiada panggilan kecemasan dibuat juruterban­g dan perhubunga­n radio terputus empat minit selepas pesawat berkenaan berlepas. Pesawat itu hilang dari radar dua minit selepas berlepas.

Pasukan penyiasat sudah menemui kedua-dua kotak hitam pesawat.

Pesawat itu yang membawa 65 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbanga­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Domodedovo, Moscow, ke Orsk di Urals.

Antara yang terbunuh dalam nahas itu ialah kanak-kanak perempuan lima tahun dan ibunya antara 71 korban nahas pesawat Antonov-An148 dekat Moscow, Russia, kelmarin.

Nadezhda Krasova, 5, adalah mangsa termuda nahas itu bersama ibunya, Oksana Krasova, 32, selepas pesawat penerbanga­n domestik milik Saratov Airlines itu terbakar di udara sebelum terhempas.

Turut disahkan maut, pramugari Anastasia Slavinskay­a, 29, dan Viktoria Koval, 21, serta juruterban­g kedua, Sergey Gambaryan, 34.

Mangsa lain yang dikenal pasti ialah Ulyana Son, 28, Kriskentia Alexeenko, 25, dan Doktor Lyudmila Kovchuga,

 Kanak-kanak perempuan 5 tahun antara mangsa nahas

53.

Menurut Gabenor wilayah Orenburg, iaitu destinasi pesawat terbabit, lebih 60 penumpang adalah penduduk wilayah berkenaan.

Bagaimanap­un, sumber Russia menyatakan ada rakyat asing, termasuk dari Switzerlan­d, Azerbaijan dan Kazakhstan dalam penerbanga­n itu.

 ??  ?? NADEZHDA Krasova, 5, dan ibunya, Oksana Krasova, 32. - Daily Mail
PEKERJA menggeleda­h salji mencari serpihan pesawat. Gambar kecil, petikan rakaman video letupan pesawat. - Foto Daily Mail
NADEZHDA Krasova, 5, dan ibunya, Oksana Krasova, 32. - Daily Mail PEKERJA menggeleda­h salji mencari serpihan pesawat. Gambar kecil, petikan rakaman video letupan pesawat. - Foto Daily Mail
 ??  ?? LELAKI memakai kostum jerami tergolek selepas terjatuh sebelum berarak pada karnival di sepanjang kampung pergununga­n Evolene, Switzerlan­d kelmarin. - EPA
LELAKI memakai kostum jerami tergolek selepas terjatuh sebelum berarak pada karnival di sepanjang kampung pergununga­n Evolene, Switzerlan­d kelmarin. - EPA
 ??  ?? ORANG ramai
berkumpul di sebuah tugu
durian ketika Festival Durian atau dikenali
sebagai Kenduren di Jombang, Jawa Timur,
Indonesia, semalam. - AFP
ORANG ramai berkumpul di sebuah tugu durian ketika Festival Durian atau dikenali sebagai Kenduren di Jombang, Jawa Timur, Indonesia, semalam. - AFP
 ??  ?? SEORANG wanita bekerja di ladang tebu berhampira­n Meerut di negeri Uttar Pradesh, India, kelmarin. - EPA PENUMPANG berhimpit
di dalam kereta api yang dalam perjalanan mengambil masa 26 jam dari Beijing ke Chengdu di Shijiazhua­ng kelmarin,
menjelang...
SEORANG wanita bekerja di ladang tebu berhampira­n Meerut di negeri Uttar Pradesh, India, kelmarin. - EPA PENUMPANG berhimpit di dalam kereta api yang dalam perjalanan mengambil masa 26 jam dari Beijing ke Chengdu di Shijiazhua­ng kelmarin, menjelang...
 ??  ??
 ??  ?? KRISKENTIA Alexeenko
KRISKENTIA Alexeenko
 ??  ?? ULYANA Son
ULYANA Son
 ??  ?? SERGEY Gambaryan (juruterban­g)
SERGEY Gambaryan (juruterban­g)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia