Harian Metro

Skuad bola jaring belum ada jurulatih

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Walaupun berbaki tujuh bulan menjelang Kejohanan Bola Jaring Asia di Singapura, skuad bola jaring negara masih belum mendapatka­n jurulatih dari luar negara yang akan membantu membimbing pasukan dalam memenuhi misi mengekalka­n kejuaraan pada kejohanan itu.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Datuk Suraya Yaakob berkata, Majlis Sukan Negara sudah memberi lampu hijau buat badan induk itu untuk menyenarai­kan beberapa nama yang boleh dilantik sebagai jurulatih negara.

“Saya perlu senaraikan beberapa nama dalam beberapa minggu ini dan saya akui Tracey Robinson(gambar) salah seorang daripadany­a.

“Kelebihan buat Tracey adalah jurulatih itu sudah mengenali pemain kita,” katanya.

Sebelum ini, Tracey mengemudi pasukan kebangsaan menamatkan penantian 16 tahun untuk pingat emas di pentas rantau Asia Tenggara apabila Malaysia muncul juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu.

Suraya berkata, buat masa ini jurulatih tempatan, Choo Kon Lee sudah memulakan latihan pusat skuad bola jaring negara dan jurulatih luar tidak diambil sepenuh masa berikutan sesi latihan pusat yang diadakan mengikut fasa.

“Latihan pusat skuad bola jaring kebangsaan tidak dilakukan secara sepenuh masa. Lebih kurang 10 hari sahaja sebulan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia