Harian Metro

Sentuhan Syed Hussaini menjadi

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sentuhan magis jurulatih kebangsaan, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan mengharumk­an nama Malaysia apabila menamatkan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Nay Pyi Taw, Myanmar bagi kategori lebuh raya dengan meraih satu emas dan satu gangsa.

Perkembang­an positif itu menamatkan kemarau pingat negara selepas kali terakhir meraih perak pada edisi 2012 menerusi Adiq Husainie Othman (gambar).

Emas hadir menerusi Norhasmat Abdul Aziz yang memenangi ujian masa individu masters (40-44 tahun) manakala Nur Aisyah Zubir menduduki tempat ketiga bagi ujian masa individu bawah 23 tahun.

“Sudah pasti ia satu perkembang­an yang bagus kerana sudah lama kita tidak menang pingat pada kejohanan besar seperti ini. Kali terakhir saya membimbing Adiq menang pingat pada edisi 2012 manakala wanita kali terakhir raih pingat adalah pada 2007.

“Malah pencapaian kali ini menghadirk­an ucapan tahniah jurulatih Jepun dan Korea Selatan yang kagum dengan peningkata­n pelumba negara terutamany­a bagi wanita,” jelasnya yang turut mengucapka­n terima kasih kepada sokongan kuat Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Aisyah mendapat bimbingan secara langsung Syed Hussaini manakala Norhasmat berjaya memanfaatk­an sepenuhnya latihan singkat selama dua minggu bersamanya di Terengganu sebelum berlepas ke Nay Pyi Taw.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia