Jualan tiket Grand Prix dijangka meningkat

Harian Metro - - Arena - Sukhairi Thani [email protected]

Kuala Lumpur: Jualan tiket bagi Grand Prix Malaysia tahun ini diramalkan melonjak meskipun penganjura­n tahun lalu sudah mencapai angka tertinggi sepanjang tiga hari penganjura­n.

Ia susulan tiga pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar), Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin akan mengisi ketiga-tiga kelas dipertandi­ngkan, masing-masing dalam MotoGP, Moto2 dan Moto3.

Meskipun Hafizh belum secara rasmi bersama pasukan MotoGP - Monster Yamaha Tech3, namun Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sudah menjangkak­an kehadiran lebih ramai berbanding tahun lalu, 166,386 penonton sepanjang tiga hari.

Malah pada hari perlumbaan untuk musim 2017, SIC menerima 97,457 kehadiran, meningkat 2,141 berbanding tahun sebelumnya, 95,316.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, beliau menjangkak­an jumlah kehadiran luar biasa akan dicatat pada penganjura­n pusingan ke-18 di Sepang, 4 November depan.

“Grand Prix Malaysia tahun ini pasti lebih meriah,” kata Razlan sambil menegaskan jadual buat bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi akan lebih padat tahun ini.

Selain menyertai Moto2, Zulfahmi juga membantu program pembanguna­n bakat kendalian SIC, ‘Impian ke MotoGP’ terutama untuk dua pelumba yang dipilih beraksi di Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV) di Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.