All Star ungguli Kejohanan 9’s

Harian Metro - - Arena - Mohd Sharumnish­am Shahbudin [email protected]

 Afit Danish dari Kenari Kid Jitra diumum sebagai Pemain Terbaik B-12

Pasukan bola sepak All Star dari Alor Setar membuktika­n keunggulan mereka apabila berjaya menewaskan Kenari Kid Jitra 1-0 pada perlawanan akhir Kejohanan 9 Sebelah Kenari Kid Bawah 12 di Stadium Mini Jitra, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, All Star membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2,500 manakala Kenari Kid Jitra selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,500.

Kekecewaan Kenari Kid Jitra terubat juga apabila pemainnya Muhammad Afit Danish Zulkifli diumum sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Pasukan Assumption dan FC IV dan Pulau Pinang. Pasukan lain dalam kumpulan itu adalah PNKP FC, PKNS FC, SSBJ-16 dan SSMP Cougars B-16.

Sabah yang rata-ratanya menampilka­n muka baru musim ini di samping hanya mengekalka­n lima pemain musim lalu terus menyandark­an harapan untuk memberi cabaran terbaik apabila Piala Belia bermula pada 21 Februari ini.

Lima pemain yang dikekalkan adalah Iqhbal Kassim, Faqruazi Ahmad, Aidil Muhimian, Leonardo Lisua dan Amirul Afiq Ali. Lima pemain lagi yang masih layak dalam skuad dinaikkan ke skuad Piala Presiden DBI FC pula berkongsi tempat ketiga dan masing-masing menerima hadiah RM750.

Penyelaras kejohanan, Mohamad Fakhzan Salleh berkata, pertanding­an yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra dan Kelab Kenari Kid Jitra itu bertujuan mencungkil bakat muda dari seluruh negeri Kedah untuk diserapkan ke dalam sekolah sukan di negeri itu.

“Ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Kedah dan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah (KFA) yang giat mencari bakat di peringkat sekolah rendah.

“Kejohanan ini berjaya menarik 28 pasukan bukan saja dari negeri Kedah, tapi pasukan luar termasuk Thailand dan dari Sekolah Antarabang­sa Jepun, Kuala Lumpur,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

ekoran prestasi mereka yang memberangs­angkan.

Pengurus pasukan, Azman Mastar berkata, pasukannya akan berusaha untuk memberi cabaran dalam liga musim ini dan percaya mereka mampu melakukann­ya dengan semangat dan kesungguha­n pemain.

Menurut beliau, walaupun kebanyakan­nya muka baru namun ia bukan halangan untuk mereka menggalas amanah yang diberikan.

“Dengan gandingan beberapa pemain musim lalu, pemain baru dijangka dapat menghasilk­an kombinasi terbaik bagi membantu pasukan,” katanya.

AMINUDDIN (topi biru) bersama pasukan yang bertanding pada Kejohanan 9 Sebelah Kenari Kid B-12.

PEMAIN skuad Piala Belia Sabah bersama pegawai pasukan sebelum menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.