Pasukan Putih kuasai Kejohanan Badminton Yamaha

Harian Metro - - Arena - Azizan Hashim [email protected]

IPOH: Pasukan Putih muncul juara Kejohanan Badminton Tertutup Yamaha 2018, baru-baru ini.

Pasukan itu menumpaska­n pasukan Merah 2-1 untuk merangkul gelaran kejohanan beregu berpasukan yang diadakan di Dewan MK Land, Taman Klebang Putra, dekat sini.

Selain piala, juara juga menerima hadiah wang tunai RM600 serta hamper. Selaku naib juara Pasukan Merah meraih RM300 serta hamper.

Pasukan Hitam dan Biru yang menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing meraih RM150 dan hamper.

Hadiah disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah merangkap Ketua UMNO Bahagian Tambun.

Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan diadakan bertujuan untuk mengeratka­n hubungan dalam kalangan masyarakat serta pemimpin setempat.

AMINUDDIN (empat dari kanan) bergambar bersama pasukan juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.