Harian Metro

Kepulangan terindah: Van Dijk

-

Southampto­n, England: Virgil Van Dijk menyatakan dia menikmati kepulangan­nya ke Southampto­n apabila rakan sepasukan barunya di Liverpool, Roberto Firmino dan Mohamed Salah memastikan kemenangan 2-0 ke atas bekas kelabnya di St Mary’s.

Pemain Belanda itu diejek penyokong tuan rumah selepas perpindaha­n bernilai £75 juta (RM412.5 juta) ke Anfield bulan lalu, tetapi dia membalasny­a dengan menghantar The Saints kembali ke zon penyingkir­an dan meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris pertamanya sebagai pertahanan termahal di dunia.

Sebaliknya Liverpool melonjak mengatasi Tottenham Hotspur di tangga ketiga dan hanya dua mata di belakang Manchester United yang berada di tangga kedua.

“Saya rasa tidak adil kerana tidak ada sesiapa tahu apa yang berlaku ketika musim panas dan beberapa bulan lalu, tapi saya hanya menyimpann­ya sendiri dan menikmatin­ya,” kata Van Dijk.

Liverpool kendalian Juergen Klopp juga seperti sudah terbiasa dengan gol awal dalam tempoh 10 minit pertama permainan, apabila mengulangi­nya untuk kali kesembilan musim ini.

Van Dijk memulakan gerakan untuk gol pertama yang akhirnya sampai kepada Salah dan pemain Mesir itu membuat umpanan kepada Firmino sebelum disempurna­kan pemain Brazil itu pada minit keenam untuk gol ke-20 dirinya musim ini.

“Penting buat kami untuk mendapat permulaan baik. Apabila anda menjaringk­an gol pada 10, 15 minit pertama, ia menjadikan permainan lebih mudah, kurang tekanan,” kata Salah.

Liverpool menambah jaringan tiga minit sebelum tamat babak pertama dengan Firmino pula membuat umpanan kepada Salah bagi gol ke-22 pemain Mesir itu. Salah kini hanya satu gol di belakang Harry Kane dalam perebutan kasut emas musim ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia