Harian Metro

Laporte pelengkap pertahanan City

-

London: Pertahanan tengah paling mahal Manchester City, Aymeric Laporte akan menjadi pelengkap kepada rombakan benteng bernilai £200 juta (RM1.1 bilion) pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dalam memburu empat kejuaraan musim ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan mengharung­i empat perlawanan dalam empat pertanding­an berbeza bermula awal pagi esok, bertandang ke Basel untuk perlawanan pertama

(gambar)

kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Pertemuan pusingan kelima Piala

FA di Wigan menyusul sebelum

Arsenal menanti mereka pada final Piala Liga dan kemudian satu lagi pertemuan dengan Gunners dalam saingan Liga

Perdana Inggeris, yang mana City mendahului liga dengan kelebihan 16 mata.

Bagaimanap­un pentas Liga Juara-Juara faktor utama mendorong pemilik City dari

Abu Dhabi mendapatka­n

Guardiola hingga sanggup mengeluark­an belanja besar untuk menguatkan skuad.

“Saya sentiasa mengimpika­n perkara besar dan salah satu daripadany­a adalah Liga Juara-Juara,” kata Laporte ketika tiba dari Athletic Bilbao pada hari terakhir jendela perpindaha­n bulan lalu. “Itu matlamat nombor satu.”

Sementara itu Leroy Sane dan Gabriel Jesus akan terlepas kedua-dua aksi menentang Basel akibat kecederaan buku lali dan lutut, manakala peranan David Silva sepanjang tahun ini terhad akibat kecederaan dan kelahiran pramatang bayinya.

“Kami mempunyai banyak kecederaan - Gabriel Jesus, David Silva, Benjamin Mendy - tapi saya harap kami dapat bersaing untuk semua perlawanan dalam semua pertanding­an,” kata Guardiola. “Kami akan cuba dan melakukan apa yang termampu.”

Empat gol jaringan Sergio Aguero ketika membelasah Leicester City 5-1 Sabtu lalu membuktika­n jentera serangan City masih berbisa menerusi penyerang Argentina itu yang akan menjadi taruhan untuk mencari bekalan selesa di Basel. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia