Allegri buru gelaran Liga Juara-Juara

Harian Metro - - Arena -

Itali:

Massimilia­no Allegri mungkin memecahkan banyak rekod di Itali tetapi pemburuan gelaran Liga Juara-Juara yang belum digenggam pengendali Juventus itu akan diteruskan apabila bertemu Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Pengendali berusia 50 tahun itu meraikan perlawanan ke-200 sebagai pengendali Juventus dengan kemenangan 2-0 di Florence Jumaat lalu - selepas tiga setengah tahun yang mencipta pelbagai rekod di Turin.

Pengganti yang tidak dijangka untuk Antonio Conte pada Julai 2014 yang juga bekas pengendali AC Milan itu, berjaya memenangi tujuh trofi berturut-turut bersama kelab gergasi Turin itu termasuk tiga gelaran terakhir

(gambar)

Serie A.

Skuad kebangsaan Itali dalam keadaan kelam-kabut selepas juara empat kali itu tersingkir daripada pusingan akhir Piala Dunia, tetapi Juventus mempamerka­n prestasi baik di bawah Allegri.

Nama Allegri bukan saja dikaitkan dengan skuad Itali tetapi turut berpotensi membimbing kelab gergasi Inggeris, Chelsea dan Arsenal.

Juara bertahan enam kali itu kini mengharung­i saingan sengit di puncak Serie A dengan Napoli untuk merebut gelaran musim ini.

Dua kekalahan Liga Juara-Juara dalam tiga edisi terakhir mencemar reputasi Allegri.

Kekalahan 1-3 di tangan Barcelona pada 2015, diikuti tewas 1-4 kepada Real Madrid tahun lalu hampir membuatkan Allegri berputus asa.

“Saya terfikir sama ada saya perlu menamatkan cerita saya bersama Juventus,” kata Allegri ketika itu, tetapi minatnya untuk mengajar membuatkan beliau meneruskan kerjaya di Turin.

“Ia satu keseronoka­n dalam hidup saya. Saya suka menjadikan pemain lebih baik dan lebih bijak. Saya tahu masih banyak yang perlu saya tingkatkan dan masih banyak yang saya perlu pelajari.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.