Kembali semula? KAFA belum fikir pecat Sathit

Harian Metro - - Arena - Attirmidzi­e Rahman [email protected] Hasbullah Ibrahim [email protected]

Penyerang kesayangan peminat Kelantan, Mohammed Ghaddar kini dikatakan mungkin kembali ke pangkuan pasukan itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dalam entri terbaru di akaun Facebookny­a semalam seolah-olah memberi bayangan jelas berhubung perkembang­an itu.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang masih setia membeli jersi Kelantan FA... WhatsApp 014-8116000 untuk mendapatka­nnya atau boleh didapati di Desa Murni Batik Cawangan Kota Bharu... tempahan jersi nombor 22 dari Lubnan.”

Jersi nombor 22 itu sebelum ini dipakai oleh Ghaddar ketika mewakili The Red Warriors (TRW).

Pemain itu difahamkan akan tiba di sini minggu ini bagi menggantik­an seorang daripada pemain import Kelantan.

Perpindaha­n Ghaddar ke dalam pasukan itu juga kelihatan singkat kerana jendela perpindaha­n pemain Liga Malaysia bagi peringkat pertama berakhir semalam. Ghaddar pada musim ini turut menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas kelibatnya tidak kelihatan beraksi dengan mana-mana pasukan.

Musim lalu, penyerang sensasi itu menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setengah musim selepas berhijrah dari Kelantan pada jendela perpindaha­n kedua. Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) enggan mengambil keputusan terburu-buru termasuk kemungkina­n memecat jurulatih, Sathit Bensoh berikutan prestasi kurang memberangs­angkan dalam tiga perlawanan lalu.

Mengesahka­n perkembang­an itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan mereka.

Katanya, sebarang rombakan pasukan mesti berdasarka­n laporan jawatankua­sa pengurusan yang dipengerus­ikan seorang Exco KAFA.

“Masih terlalu awal untuk menekan butang panik kerana saingan liga baru bermula dengan pasukan yang bersaing masih lagi

(gambar)

mencari rentak. Malah pasukan berstatus pilihan juga tewas dalam perlawanan ketiga.

“Kami sepatutnya meraih sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan awal namun memperoleh satu mata saja di laman sendiri. Satu situasi yang turut membimbang­kan saya sejak menerajui KAFA,” katanya semalam.

Pada aksi pertama menentang Melaka United di tempat lawan, Kelantan tewas 1-2, seri 1-1 dengan Terengganu FC di laman sendiri sebelum kalah 0-3 kepada Pahang di Kuantan.

 Ghaddar dikatakan kembali membantu Kelantan musim ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.