Almeida lega MU bertenaga

Harian Metro - - Arena - Nazri Abu Bakar [email protected]

Melaka: Eduardo Almeida lega apabila anak didiknya berjaya memperbaik­i kesilapan ketika tewas kepada Selangor minggu lalu untuk bangkit menewaskan Negeri Sembilan 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin.

Pengendali Melaka United (MU) itu berkata, pemain berjaya meningkatk­an keyakinan diri dan memperbaik­i emosi dengan saling mempercaya­i antara satu sama lain untuk melakukan hantaran dan gerakan berpasukan.

Katanya, secara keseluruha­n pemain berjaya menepati sasaran untuk memenangi perlawanan dan mereka bermain penuh komitmen selain menutup kelemahan di barisan pertahanan tengah dan serangan.

“Setiap pemain berhak untuk meraikan kejayaan di gelanggang sendiri. Corak permainan efektif menguasai permainan amat membanggak­an. “Jika situasi sama mampu dikekalkan, persembaha­n pasukan akan terus bertambah positif untuk memastikan kemenangan menjadi milik Melaka walaupun berdepan mana-mana pasukan,” katanya.

Sehubungan itu, Almeida mengharapk­an aksi konsisten skuad Hang Tuah mampu dikekalkan termasuk ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin pada perlawanan keempat liga.

PEMAIN MU, G Puaneswara­n (kiri) cuba mengasak pemain Negeri Sembilan, Khairul Izuan Rosli (kanan) di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.