Jaringan tunggal Akhyar suntik semangat Kedah

Harian Metro - - Arena - Rudy Syareme Sheriffudi­n [email protected]

Georgetown: Kemenangan tipis ke atas PKNP FC di sini, malam kelmarin memberi suntikan semangat buat Kedah untuk terus bangkit dan beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super.

Skuad Helang Merah pimpinan Ramon Marcote sebelum ini kalah dua aksi awal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak.

Malam kelmarin, mata penuh berada dalam genggaman Kedah hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke-85.

Marcote berkata, tewas dua perlawanan terdahulu benar-benar sukar diterima.

Beliau mengakui ada kelemahan yang perlu diperbaiki segera dalam aksi terdahulu selain mengharapk­an magis daripada anak buahnya pada aksi menentang PKNP.

“Perancanga­n rapi sudah dilakukan untuk perlawanan ini dan kemenangan yang diharapkan akhirnya berjaya dicapai biarpun diberi saingan hebat oleh PKNP FC di awal permainan,” katanya.

Marcote berkata, barisan pemainnya sudah melakukan yang terbaik untuk menang pertemuan itu.

PEMAIN Kedah, Sandro Da Silva (kiri) diasak pemain PKNP FC, Franklin Anzite di Stadium Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.