Harian Metro

Dah mula siasatan

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan mengatur perlawanan yang dikaitkan dengan pasukan Melaka United dan Sarawak.

Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM, Tan Sri Dr Aseh Che Mat menegaskan pihaknya memandang serius terhadap dakwaan itu dan mereka sama sekali tidak akan berkomprom­i dengan kegiatan tidak sihat yang dilihat mampu menjejaska­n integriti bola sepak tempatan.

(gambar)

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) terkejut dengan kenyataan dikeluarka­n oleh Persatuan Bolasepak Sarawak kelmarin mengenai dakwaan mengatur perlawanan.

Dalam kenyataan FAS itu, yang dimuat naik ke laman Facebook, persatuan itu mendakwa mereka menerima laporan sebahagian pemainnya terbabit dalam gejala rasuah berikutan kekalahan kepada FELCRA FC pada aksi Liga Perdana di Kuching, Sabtu lalu.

Sarawak mendahului 2-0 sebelum FELCRA FC meledak tiga gol pada lewat permainan untuk menang 3-2.

FAS melancarka­n siasatan dalaman bagi mengesahka­n dakwaan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata: “Ia mengejutka­n tapi FAS perlu mengikut saluran yang betul menerusi FMLLP dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlebih dulu sebelum mengeluark­an kenyataan media.

“Unit Integriti dan Undang-undang

“Kami belum lagi menerima laporan daripada dua pasukan terbabit tapi kami mengambil maklum mengenai perkara ini. Justeru jawatankua­sa sudah diarahkan untuk menjalanka­n siasatan secara menyeluruh mengenai dakwaan ini menerusi beberapa sumber yang kami peroleh.

“Pelbagai aspek perlu diteliti terlebih dulu memandangk­an masalah ini satu isu yang sememangny­a serius. Sama ada pemain tempatan ataupun pemain asing yang terbabit, masih terlalu awal untuk saya memberi sebarang perkembang­an mengenai perkara ini,” katanya semalam.

Terdahulu, kekalahan 1-4 Melaka di tangan Selangor dan 2-3 Sarawak ketika bertemu FELCRA FC menyebabka­n barisan pengurusan kedua-dua pasukan mengesyaki pemain mereka terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Melaka yang meraih kemenangan pada aksi pertama terpaksa tunduk di tangan anak buah P Maniam pada aksi kedua minggu lalu meskipun terikat 1-1 pada separuh masa pertama namun dibolosi tiga gol dalam tempoh 36 minit pada babak kedua.

Skuad Bujang Senang pula mensia-siakan kelebihan dua gol apabila membenarka­n penyerang import FELCRA FC, Casagrande meledak hatrik dalam tempoh enam minit terakhir perlawanan, sekali gus menyaksika­n mereka tumbang 2-3 di laman sendiri.

Susulan prestasi kurang memuaskan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron mengarahka­n kajian segera dijalankan apabila mereka melakar keputusan

 FAM pandang serius dakwaan FAS, Idris berhubung aktiviti atur perlawanan

buruk itu ketika penyerang Red Giants mengalami kecederaan sekali gus dikhuatiri mempunyai unsur mengatur perlawanan.

Selain MUSA, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menerusi satu kenyataan turut menegaskan pihaknya menerima beberapa laporan yang mendakwa ada pemain Sarawak terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan hingga menjadi punca kekalahan kepada pasukan berstatus kelab itu.

 ??  ?? KEKALAHAN Melaka United 1-4 kepada Selangor undang dakwaan campur tangan kegiatan atur perlawanan.
KEKALAHAN Melaka United 1-4 kepada Selangor undang dakwaan campur tangan kegiatan atur perlawanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia