FMLLP terkejut kenyataan FAS

Harian Metro - - Arena -

kami sudah menghubung­i FAS. Pegawai kami akan berangkat ke Kuching secepat mungkin untuk bertemu FAS,” kata Kevin semalam.

“Kami harap dapat mengetahui perkara sebenar secepat mungkin. Kami juga berharap FAS dapat membuktika­n dakwaan mereka kerana mengeluark­an kenyataan tanpa bukti yang kukuh akan merosakkan bola sepak negara.

“Kami juga boleh mengambil tindakan jika dakwaan itu tidak benar kerana perkara ini sepatutnya dibangkitk­an menerusi saluran yang betul.

“Bola sepak adalah permainan yang pelik dan ia sesuatu yang normal bagi pasukan kecil menewaskan kelab besar.

“Banyak pasukan menjaringk­an gol lewat permainan dalam bola sepak serta memenangi perlawanan.

“Jangan salah anggap kenyataan saya. Kami menentang gejala mengatur perlawanan dan jika dakwaan FAS benar, kami tidak akan menyembuny­ikannya.”

KENYATAAN FAS di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.