Harian Metro

Tindakan cemar maruah, bunuh semangat pemain

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat kenyataan terbuka berhubung dakwaan rasuah membabitka­n pasukan Liga Perdana negeri itu dianggap boleh menjatuhka­n maruah dan membunuh semangat pemain.

Bekas pemain pasukan negeri, Affendi Julaihi berkata, FAS sepatutnya melakukan siasatan secara ‘senyap’ untuk mencari kesahihan dakwaan itu tanpa perlu menghebahk­an kepada umum.

“Saya melihat tindakan FAS itu sebagai kurang bijak kerana dakwaan itu belum terbukti. Sepatutnya mereka menyiasat terlebih dulu sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan.

“Malah, jika terbukti ada unsur rasuah sekalipun, ia tidak perlu dihebohkan. Cukup mereka membuat aduan kepada SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) serta mengambil tindakan ke atas pemain terbabit.

“Inilah pendekatan yang diambil oleh Allahyarha­m Datuk Taha Ariffin ketika beliau menjadi Presiden FAS dulu. Apa saja masalah yang berlaku dalam pasukan Sarawak, beliau tangani secara dalaman dan profesiona­l,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Isu rasuah membabitka­n pasukan Sarawak tercetus susulan kekalahan 2-3 kepada FELCRA FC Sabtu lalu dengan tiga gol lawan dijaringka­n oleh pemain import Casagrande dalam lima minit terakhir perlawanan.

Begitupun, Affendi yang pernah menyarung jersi Sarawak dari 1990 hingga 2000 beranggapa­n situasi yang berlaku itu bukan sesuatu yang pelik dalam bola sepak kerana ia pernah dialami oleh pasukan hebat seperti AC Milan dan Bayern Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia