Harian Metro

Maut bertembung lori enam tan

-

RANAU: Seorang lelaki maut manakala remaja perempuan parah selepas selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori enam tan di Kilometer 109, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam

2.30 pagi di Jambatan Tamu Liwagu itu, penunggang motosikal, Sofian Ahmin, 22, maut di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 15 tahun patah kaki kanan dan cedera pergelanga­n tangan kiri.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari Pekan Ranau ke Sabindo di sini, manakala lori terbabit dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berdasarka­n siasatan awal, ketika tiba di jambatan terbabit motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dan bertembung lori terbabit.

Katanya, pemandu lori berusia 53 tahun dan kelindan berusia 26 tahun tidak cedera.

“Akibat pertembung­an, penunggang maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital

Ranau untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia