Harian Metro

Lancar 97 serbuan seminggu

Polis lakukan operasi besar-besaran banteras kegiatan judi tahan 160 individu

- Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Polis Sarawak mencatat serbuan dan tangkapan tertinggi bagi membantera­s kegiatan perjudian dalam tempoh seminggu susulan 97 serbuan dan menahan 160 individu, sepanjang minggu lalu.

Daripada jumlah itu, 59 serbuan dilakukan terhadap aktiviti perjudian empat nombor ekor haram, 25 serbuan terhadap perjudian siber, lapan serbuan terhadap perjudian di premis dan lima serbuan di tempat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata, anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mencatat jumlah serbuan tertinggi iaitu 32 dengan semua dilakukan di Miri.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pula melakukan 10 serbuan, IPD Betong (9), IPD Padawan (7), IPD Sibu (4), IPD Bintulu (4), IPD Miri (3), IPD Bau (3), IPD Saratok (3), IPD Kota Samarahan, IPD Serian, IPD Simunjan, IPD Sarikei, IPD Limbang, IPD Kapit dan IPD Sri Aman masing-masing dua serbuan manakala IPD Mukah, IPD Matu Daro, IPD Marudi, IPD Meradong, IPD Tatau, IPD Lundu, IPD Kanowit dan IPD Lawas pula masing-masing melakukan satu serbuan.

“Usaha membantera­s perjudian dalam talian diperhebat­kan dengan serbuan yang dijalankan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai kepada kaki judi.

“Kami melakukan 25 serbuan di 10 daerah yang membawa kepada penahanan 30 penyedia perkhidmat­an dan menyita 27 telefon bimbit serta tablet dan wang tunai berjumlah RM6,299,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dev berkata, 59 serbuan pula dilakukan di kaunter menjual empat nombor ekor tidak sah di 15 daerah yang membawa kepada penahanan 74 individu dan menyita wang tunai RM20,501 selain merampas telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Mengenai operasi besar-besaran anggota JSJ IPK Sarawak di Miri, beliau berkata, dilakukan pada Sabtu lalu dengan tumpuan di kawasan Emart Tudan, Morsjaya, Jalan Datuk Permaisuri dan Taman Tunku yang membawa kepada penahanan 46 individu dan wang tunai RM14,439 disita.

Selain itu, katanya, 56 ditahan kerana terbabit perjudian holo dalam serbuan dijalankan di 13 daerah dengan pelbagai peralatan perjudian serta wang tunai RM4,410 dirampas.

“Daripada 160 yang ditahan sepanjang minggu lalu, 90 lelaki, manakala selebihnya wanita yang berumur antara 16 hingga 61 tahun dan lapan warga asing.

“Semua yang ditahan disiasat lanjut dan akan didakwa mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. Polis memperheba­tkan penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti perjudian di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis menyerbu premis perjudian di Sarawak.
ANGGOTA polis menyerbu premis perjudian di Sarawak.
 ??  ?? USAHA membantera­s perjudian dalam talian diperhebat­kan.
USAHA membantera­s perjudian dalam talian diperhebat­kan.
 ??  ?? KEDAI serbanika yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai kepada kaki judi diserbu.
KEDAI serbanika yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai kepada kaki judi diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia