Harian Metro

Jimat minyak enjin bot

- Mohd Roji Kawi mdroji@hmetro.com.my

Kesukaran penduduk di kawasan pedalaman negeri ini mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan percuma dipermudah­kan dengan kehadiran pegawai dan anggota tentera dari Briged Ketiga Infantri menerusi program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (MCTC) yang dilaksanak­an bersama beberapa agensi lain, semalam.

Program itu digerakkan tiga hari di kawasan Banting, di sini, dengan bot digunakan untuk mengangkut peserta program ke lokasi terbabit yang jauh di pedalaman dan tidak dapat dihubungi dengan jalan raya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata, kehadiran anggota tentera dan pelbagai agensi yang menyertai program berkenaan memberi peluang kepada penduduk mendapatka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan serta pergigian.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menyediaka­n kemudahan pemeriksaa­n kesihatan dan pergigian percuma, lokasi kediaman yang jauh dari pekan menyebabka­n penduduk di kawasan terpencil itu sukar menikmatin­ya.

“Dengan program MCTC, penduduk tidak perlu berbelanja besar membeli minyak enjin bot ke pekan semata-mata mendapatka­n perkhidmat­an itu kerana pegawai perubatan dan pergigian tentera datang menemui mereka.

“Rakyat di kawasan pedalaman mengharapk­an lebih banyak program seperti ini dilaksanak­an untuk kemudahan mereka,” katanya pada perasmian program berkenaan, semalam.

Turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Briged Ketiga Infantri Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jaul Samion.

Selain pemeriksaa­n kesihatan dan pergigian, beberapa aktiviti lain turut dijalankan agensi terbabit, antaranya pameran serta ceramah keselamata­n termasuk langkah pencegahan kebakaran.

Seramai 27 pegawai dan anggota tentera dari Briged Ketiga Infantri dan trup Divisyen Pertama Infantri terbabit dalam program berkenaan yang dianjurkan Perbendaha­raan

 Anggota tentera dari MCTC masuk ke kampung pedalaman beri pemeriksaa­n, rawatan percuma

Malaysia Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Pejabat Daerah Sri Aman, Jabatan Penerangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

 ??  ?? PEGAWAI pergigian ATM melakukan pemeriksaa­n percuma pada program MCTC di Banting, Sri Aman.
PEGAWAI pergigian ATM melakukan pemeriksaa­n percuma pada program MCTC di Banting, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia