Harian Metro

Pecut menuju sempadan

-

Serikin: Niat dua lelaki warga Indonesia menyeludup keluar dua motosikal mengikut ‘laluan tikus’ di ladang sawit berhampira­n Kampung Sebubok di sini, dipatahkan Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD), awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi, sepasukan anggota tentera diketuai Mejar Noor Azmeer Mat Sani menjalanka­n operasi pemantauan berkendera­an di kawasan berkenaan sebelum terserempa­k motosikal dinaiki dua lelaki menuju sempadan Indonesia.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, pasukannny­a itu menghampir­i motosikal berkenaan untuk pemeriksaa­n namun arahan berhenti tidak diendahkan.

Menurutnya, lelaki terbabit terus memecut motosikal menuju ke kawasan Indonesia yang terletak dalam jarak 400 meter dari sempadan negara.

“Pasukan rondaan 11RAMD bagaimanap­un terus mengejar lelaki terbabit sebelum seorang suspek melompat dari motosikal dan melarikan diri ke arah ladang sawit. Seorang lagi terus memecut ke sempadan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n menemui Honda Wave CX di kawasan berkenaan yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu, selain pelbagai peralatan curi motosikal di dalam beg milik suspek.

Katanya, hasil pemeriksaa­n juga mendapati bahagian kunci motosikal berkenaan diumpil dipercayai dicuri suspek sebelum diseludup ke negara jiran dan nilai rampasan dianggarka­n RM5,000.

“Motosikal itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut dan polis mengesahka­n kenderaan itu dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA 11RAMD menunjukka­n motosikal yang cuba diseludup oleh dua lelaki warga Indonesia melalui laluan tikus di ladang sawit berhampira­n Kampung Sebubok di Serikin.
ANGGOTA 11RAMD menunjukka­n motosikal yang cuba diseludup oleh dua lelaki warga Indonesia melalui laluan tikus di ladang sawit berhampira­n Kampung Sebubok di Serikin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia