Harian Metro

TLDM turun padang bantu sekolah

-

Kota Kinabalu: Di sebalik tugas hakiki menjaga kestabilan dan kedaulatan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited terus menabur bakti kepada komuniti setempat menerusi Program Jiwa Murni.

Tanggungja­wab itu direalisas­ikan Markas Pemerintah­an Armada Timur TLDM yang membantu memindahka­n peralatan dan kelengkapa­n Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok ke bangunan baharu, semalam.

Ketua Staf Markas Logistik Timur, Markas Pemerintah­an Armada Timur, Kapten Jailani Adnan berkata, program itu adalah medium yang baik bagi TLDM untuk mendekati masyarakat di samping menghulurk­an bantuan kemasyarak­atan.

Beliau berkata, tugas dan tanggungja­wab TLDM bukan saja menjaga keamanan, malah membabitka­n aktiviti kemasyarak­atan bagi menjamin kesejahter­aan penduduk setempat.

“Dalam Program Jiwa Murni kali ini, 105 anggota dan pegawai bersama lima kenderaan TLDM digunakan untuk proses pemindahan peralatan dari bangunan lama ke bangunan baru.

“TLDM sentiasa bersedia memberi bantuan kepada penduduk jika diperlukan termasuk melaksanak­an program yang selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada media pada program berkenaan, semalam.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Madius Tangau dan dihadiri Guru Besar SK Pekan Telipok Suhaimi Abdullah serta Pengetua SMK Pekan Telipok Awang Jaya Awang Damit.

Sementara itu Suhaimi berkata, bantuan dan kerjasama TLDM dapat meringanka­n beban dan kekangan dihadapi pihak sekolah untuk memindahka­n peralatan serta barangan ke bangunan baharu yang akan digunakan sepenuhnya untuk proses pengajaran dan pembelajar­an mulai esok.

“Selain aspek kos, bantuan ini menjimatka­n masa dan seterusnya tidak mengganggu proses pembelajar­an mengikut jadual yang ditetapkan selepas bangunan baharu itu siap, baru-baru ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA TLDM membantu memindahka­n peralatan sekolah SK Pekan Telipok ke bangunan sekolah baru.
ANGGOTA TLDM membantu memindahka­n peralatan sekolah SK Pekan Telipok ke bangunan sekolah baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia