Harian Metro

Tambang 2 orang serendah RM288

-

AirAsia X menawarkan promosi tambang dua orang ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii serendah RM288 sehala termasuk cukai boleh ditempah mulai semalam hingga 18 Februari 2018.

Ketua Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata, tempahan boleh dibuat menerusi airasia.com bagi perjalanan serta-merta hingga 31 Julai 2018.

“Kempen tambang serendah RM288 untuk dua orang serta potongan tambahan 50 peratus

Pilih Tempat Duduk adalah promosi terbaik setakat ini,” katanya.

Dalam tempoh ini, promosi dua orang bagi tempahan sama ke Bali (hanya kod penerbanga­n AK dan D7) serendah RM288 sehala, Jaipur (RM388), Jeju (RM588), Taipei (RM638), Seoul (RM727), Osaka (RM868), Hokkaido (RM888) dan Hawaii (RM1,988).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia