Harian Metro

Larang kerja di Kuwait

Duterte berang selepas pembantu rumah dibunuh

-

Filipina semalam, menguatkua­sakan larangan rakyatnya bekerja di Kuwait selepas Presiden Rodrigo Duterte menyatakan kemarahann­ya terhadap laporan layanan buruk, termasuk penderaan dan kematian pekerja Filipina di negara itu.

Perangkaan kerajaan menunjukka­n 252,000 rakyat Filipina bekerja di Kuwait, sebahagian besarnya sebagai pembantu rumah.

Mereka sebahagian daripada dua juta rakyat Filipina yang bekerja di negara Arab.

Semalam, Setiausaha Sumber Manusia Filipina, Silvestre Bello, mengumumka­n larangan sepenuhnya pekerja baru ke Kuwait, termasuk mereka yang sudah mendapat permit tetapi belum berangkat.

Kerajaan juga tidak menolak kemungkina­n menarik balik semua permit pekerja Filipina yang sedang bekerja di Kuwait.

“Berikutan banyak kejadian penderaan dan kematian pekerja Filipina di Kuwait, larangan sepenuhnya pengambila­n pekerja ke negara itu dilaksanak­an.

“Larangan ini berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Bulan lalu, Duterte melarang rakyat Filipina bekerja di Kuwait, namun tidak membabitka­n mereka yang sudah mendapat permit.

Jumaat lalu, Duterte yang mengecam Kuwait sambil menunjukka­n gambar mayat pembantu rumah Filipina ditemui dalam peti sejuk, berkata mangsa ‘dipanggang seperti babi’.

Wanita itu dipercayai didera hingga mati oleh majikannya, lelaki Lubnan dan isterinya dari Syria yang meninggalk­an rumah berkenaan kosong sejak setahun lalu. Mayat mangsa ditemui pemilik rumah itu yang datang bersama perintah mahkamah untuk menghalau penyewa terbabit.

Duterte juga mendakwa majikan Arab sering memperkosa pekerja Filipina, memaksa mereka bekerja 21 jam sehari dan memberi makanan seadanya.

“Ada yang salah dengan budaya anda? Ada yang salah dengan nilai murni anda?” katanya.

Kedutaan Kuwait di Manila enggan mengulas.

Kes pekerja Filipina didera, dipaksa bekerja keterlalua­n, dirogol dan mati dalam keadaan mencurigak­an di negara Arab sudah lama menjadi isu.

Kerajaan Filipina kini menilai China dan Russia sebagai pasaran baru untuk mengekspor­t tenaga kerjanya.

 ??  ?? PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte, menunjukka­n gambar mayat pembantu rumah Filipina yang ditemui dalam peti sejuk di rumah majikannya di Kuwait. - AFP
PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte, menunjukka­n gambar mayat pembantu rumah Filipina yang ditemui dalam peti sejuk di rumah majikannya di Kuwait. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia