Harian Metro

BWF SIASAT PEMAIN KITA

Pemain profesiona­l negara didakwa atur perlawanan

- Helmi Talkah dan Fabian Peter sukanteam@nstp.com.my

“Apa yang saya tahu BWF sudah memanggil pemain terbabit untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu. BWF mempunyai bukti untuk membuat dakwaan ke atas pemain itu” Sumber

Saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana ini dakwaan yang serius. Saya minta maaf Ng Chin Chai

Arena badminton negara digemparka­n dengan berita seorang pemain profesiona­l sedang disiasat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.

Menurut sumber, BWF menggantun­g pemain itu daripada menyertai sebarang kejohanan hingga siasatan selesai dijalankan.

Sumber berkata, badan induk badminton dunia itu mula memantau pergerakan pemain terbabit sejak Februari tahun lalu dan tindakan diambil berkuatkua­sa awal tahun ini.

“Apa yang saya tahu BWF sudah memanggil

pemain terbabit untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu. BWF mempunyai bukti untuk membuat dakwaan ke atas pemain itu termasuk hasil pemeriksaa­n terhadap telefon bimbitnya,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, BWF akan mengadakan sesi pendengara­n ke atas pemain terbabit di Singapura, hujung bulan ini.

Difahamkan, BWF mula mengesyaki kegiatan tidak bermoral pemain itu berdasarka­n gaya hidupnya yang boleh dikatakan agak mewah.

Malah, berita mengenai skandal membabitka­n pemain itu turut menjadi bahan bualan dalam arena badminton tanah air.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai ketika dihubungi bagi mengulas mengenai dakwaan itu bagaimanap­un enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana ini dakwaan yang serius. Saya minta maaf,” kata Chin Chai.

Kes itu adalah yang pertama membabitka­n pemain negara yang didakwa terbabit dengan skandal mengatur perlawanan dalam siasatan BWF.

Mengikut peraturan BWF, mana-mana pemain didapati bersalah terbabit dengan skandal mengatur perlawanan boleh dikenakan penggantun­gan seumur hidup.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia