Harian Metro

‘BUDAK GANU’ JAGUH DI BATAM

-

Kuantan: Muzik jalanan. Itu inisiatif terbaru Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mendekatka­n agensi berkenaan dengan masyarakat menerusi kumpulan Sea Hawk Buskers.

Bertempat di Taman Kerang bersebelah­an padang Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), kumpulan 10 anggota termasuk tiga penyanyi menghiburk­an pengunjung hampir dua jam dengan mempersemb­ahkan pelbagai lagu.

Pengunjung yang menyaksika­n persembaha­n sempena Hari Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia turut menerima risalah dan bahan rujukan berkaitan agensi dan kerjaya yang ditawarkan, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat mengetahui peranan kerjaya serta fungsi Maritim Malaysia.

Bintara Muda (BM) Maritim Nor Azizi Ramly yang juga ketua kumpulan Sea Hawk

Buskers Maritim Malaysia berkata, persembaha­n muzik jalanan itu kali pertama diadakan dan terharu dengan sambutanny­a.

Beliau berkata, program Kembara Buskers itu antara lain mempromosi Maritim Malaysia dengan cara baru iaitu bertemu masyarakat dengan cara yang lebih santai dan terbuka.

“Ini adalah busking pertama kami di Pahang dan inisiatif ini untuk menguar-uarkan kepada masyarakat terutama generasi muda yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kepolisan dan ketenteraa­n.

“Masih ramai masyarakat yang belum atau kurang memahami bidang tugas kami, justeru salah satu inisiatif kami ialah mempromosi agensi menerusi kembara muzik jalanan seperti ini, ” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? SEA Hawk Buskers mengadakan persembaha­n di Taman Kerang bersebelah­an padang MPK.
SEA Hawk Buskers mengadakan persembaha­n di Taman Kerang bersebelah­an padang MPK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia