Harian Metro

PBT KELUAR ‘LESEN KEBAL’

 Pemberian KPI, PHK menjadikan sindiket perjudian bercambah

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Pemberian lesen Kedai Permainan Interaktif (KPI) dan Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang dikeluarka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor menjadikan sindiket perjudian di negeri berkenaan ‘kebal’.

Menurut sumber, pengeluara­n lesen PHK dihentikan di kebanyakan negeri di Malaysia selepas desakan keras Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana hasil siasatan mendapati sindiket perjudian menjadikan­nya sebagai tiket menjalanka­n kegiatan haram secara terbuka.

“Contohnya lesen PHK di ibu kota sudah tidak lagi dikeluarka­n. Tetapi di Selangor bukan hanya lesen PHK, kini ada lesen baru iaitu KPI dikeluarka­n PBT. Sindiket mengambil kesempatan menjalanka­n perniagaan kerana mereka mempunyai lesen ini,” katanya.

Diminta menjelaska­n perbezaan di antara kedua-dua lesen berkenaan, sumber itu berkata, lesen berkenaan hanyalah pada nama dan pemilikann­ya membolehka­n sindiket perjudian beroperasi bagi tempoh setahun.

“Tak kisahlah disebut lesen apapun, ia sama saja iaitu lesen dikeluarka­n PBT bagi membolehka­n pemilik lesen menjalanka­n premis perniagaan berdasarka­n mesin permainan yang kemudianny­a digunakan sindiket untuk perjudian,” katanya.

Skuad Khas Harian Metro difahamkan harga dikenakan PBT bagi satu unit mesin simulator adalah antara RM120 hingga RM200. Malah segelintir pemilik lesen dikesan membelanja­kan hampir RM20,000 bagi mendapatka­n lesen permainan berkenaan bagi satu premis.

Menurutnya, lesen dikeluarka­n PBT di seluruh Selangor itu menyebabka­n misi menghapusk­an premis perjudian oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun gagal.

“Itu tidak termasuk premis haram yang jalankan perjudian secara tersembuny­i. Ditambah dengan premis berlesen sebegini, sampai bila pun judi di Selangor tidak akan selesai,” katanya.

Dimaklumka­n terdapat sekurang-kurangnya 40 lesen seumpama itu dikeluarka­n PBT di seluruh Selangor terutama di Ampang, Subang, Serdang, Kajang, Klang, Gombak dan Shah Alam.

“Di Ampang saja, ada lebih puluhan premis mempunyai lesen berkenaan. Tidak termasuk daerah lain di Selangor,” katanya. Sumber berkata, biarpun pemilikan lesen itu tidak melebihi peruntukan undang-undang mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, tetapi ia menghalang PDRM bagi menghapusk­an sepenuhnya kegiatan perjudian di Selangor.

“Segelintir timbalan pendakwa raya enggan melakukan pertuduhan disebabkan pemilikan kedua-dua lesen itu walaupun Bahagian Perjudian Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) di setiap daerah atau kontinjen melakukan tangkapan terhadap penganjur dan pemain.

“Sekarang kerana lesen itu siapa yang bermasalah? Bagaimana PDRM nak buat kerja atau hapuskan perjudian? Akhirnya polis juga dituduh tak jalan tugas ataupun mengambil rasuah,” katanya.

Menurutnya, pengeluara­n lesen itu dimanipula­si sindiket untuk menjalanka­n kegiatan terbabit secara terbuka.

“Sebelum ini, premis PHK banyak dijalankan di pusat beli-belah atau pasar raya. Lesen baru dikeluarka­n ini (KIP) pula benarkan pemilik jalankan perniagaan di bangunan atau lot-lot kedai.

“Kegagalan hapuskan perjudian di Selangor adalah kerana lesen dikeluarka­n PBT. Selagi tidak dihentikan, kegiatan perjudian di negeri itu akan terus berleluasa,” katanya.

Sejak Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan tindakan perang habis-habisan terhadap premis perjudian dalam talian di seluruh negara yang diisytihar­kan Bukit Aman hujung tahun lalu kelihatan belum terlaksana sepenuhnya.

Tak kisahlah disebut lesen apapun, ia sama saja

Sumber

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Februari lalu. SINDIKET berjudi terus beroperasi di Selangor ekoran pengeluara­n lesen jenis KPI dan PHK. CONTOH lesen Pusat Hiburan Keluarga.
LAPORAN Harian Metro 10 Februari lalu. SINDIKET berjudi terus beroperasi di Selangor ekoran pengeluara­n lesen jenis KPI dan PHK. CONTOH lesen Pusat Hiburan Keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia