Harian Metro

APA SALAH SAYA...

 Budak tujuh tahun derita pulang ke rumah ayah

- lapor Safeek Affendy Razali dan Mohd Hasbi Sidek

> Dipaksa meneguk air panas menggelega­k hingga melecur bibir dan dalam mulut dipercayai akibat didera ibu tirinya. Itulah azab menimpa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehari selepas ibu kandung menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya,

Dipaksa meneguk air panas yang menggelega­k. Itu antara azab dialami seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehingga melecur bahagian bibir dan dalam mulut dipercayai akibat didera ibu tirinya.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa yang juga murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku Isnin lalu, sehari selepas ibu kandung menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

Ibu mangsa, Nurul Dahlia Jaafar berkata, perkara itu disedariny­a ketika dia mengambil mangsa dari rumah adik bekas suaminya jam 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.

“Semasa hendak menjemputn­ya bercuti di rumah, saya dapati ada kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.

“Apabila saya bertanyaka­n punca kesan lecur itu, anak memberitah­u dia dipaksa minum air menggelega­k,” katanya ketika ditemui di Institut Pedriatrik, HKL semalam.

Nurul Dahlia membawa anaknya mendapatka­n rawatan di HKL pada hari sama sebelum membuat laporan polis.

“Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu (mangsa) ke rumah, mereka berasa gembira, namun ketika hendak menghantar­nya kembali ke rumah bekas suami, semua anak menangis dan minta tidak dihantar ke sana,” katanya.

Nurul Dahlia berkata, dia bercerai pada 2011 dan menyerahka­n hak penjagaan anak kepada bekas suaminya selepas mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, selepas suaminya mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, banyak perubahan berlaku secara mendadak ke atas empat anak perempuann­ya berusia tujuh, lapan, 13 dan 14 tahun.

“Pada masa ini isu hak penjagaan anak dalam proses perbicaraa­n di Mahkamah Syariah. Sekiranya ia mengambil masa panjang, saya khuatir sesuatu lebih buruk berlaku ke atas anak saya.

“Saya pernah bawa anak tinggal bersama, tetapi polis menghubung­i saya dan mengarahka­n anak dihantar pulang ke Lenggeng, malah saya pernah ditahan di lokap selama tiga hari atas kesalahan itu.

“Apabila saya buat laporan polis, tiada tindakan susulan atau penyelesai­an dicapai kerana mereka anggap perkara itu masalah rumah tangga,” katanya.

Guru sebuah sekolah agama ini juga berharap perkara itu dapat diselesaik­an segera dan sebarang tindakan undang-undang sewajarnya dapat diambil bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini termasuk unsur penderaan sehingga membawa kematian.

Dia kini menunggu laporan penuh perubatan berhubung kecederaan anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu Sabtu lalu dari IPD Dang Wangi dan kes dalam siasatan.

“Kami minta laporan perubatan dari HKL bagi membantu siasatan.

“Dakwaan ibu mangsa mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara itu adalah masalah rumah tangga berdasarka­n laporan pernah dibuat sebelum ini adalah tidak benar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bibir mangsa yang melecur didakwa ibu tiri paksa minum air panas.
KEADAAN bibir mangsa yang melecur didakwa ibu tiri paksa minum air panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia