Harian Metro

Pemandu rentung treler terbabas

-

Banting: Seorang lelaki rentung selepas treler dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan di lebuh raya ELITE susur masuk ke Saujana Putra dari arah Putrajaya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.56 pagi itu, mangsa, Norhisam Sahuri, 37, dipercayai memandu treler membawa muatan serbuk polimer.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, kebakaran membabitka­n bahagian hadapan treler.

“Ketika tiba di tempat kejadian, api marak di bahagian kepala treler,” katanya.

Alimaddia berkata, selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, kerja pembersiha­n tumpahan minyak dan sisa kemalangan dilakukan.

 ??  ?? KEADAAN treler yang terbakar selepas terbabas, semalam.
KEADAAN treler yang terbakar selepas terbabas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia