Harian Metro

Babi hutan ‘singgah’ pasar raya

-

Jerantut: Rakaman video menunjukka­n seekor babi hutan tersesat masuk ke sebuah pasar raya di sini, tular di Facebook (FB) sejak pagi semalam.

Video berdurasi dua minit 13 saat itu dipercayai dirakam seorang pengunjung pasar raya sebelum memuat naik di FB.

Menerusi video itu, haiwan berkenaan yang dipercayai sesat dilihat berada di bahagian barangan plastik dan cuba melarikan diri sambil dihalau oleh pekerja pasar raya berkenaan.

Jurucakap pasar raya itu, M Prathap berkata, babi hutan itu memasuki pasar raya jam 8.30 pagi semalam dan pertama kali berlaku selepas beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

“Kita tidak tahu dari mana haiwan liar berkenaan datang. Ada kemungkina­n sebelum itu ia dihalau penduduk di kawasan perumahan berdekatan sebelum sesat memasuki pasar raya ini melalui pintu hadapan.

“Haiwan itu hanya berada di bahagian hadapan pasar raya. Tak pergi sampai belakang dan pengawal keselamata­n yang bertugas mengambil masa dua minit saja menghalaun­ya,” katanya ketika ditemui di pasar raya itu di sini, semalam.

Dia berkata, pihaknya sudah mengambil langkah sewajarnya berhubung kejadian itu termasuk membuang peralatan plastik yang di berada di kawasan berkenaan serta membersihk­an kawasan sekitarnya.

 ??  ?? PEKERJA pasar raya menghalau babi hutan sesat dalam premis.
PEKERJA pasar raya menghalau babi hutan sesat dalam premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia